24 Feb 2018

Happy Birthday | Kakak kini 7 tahun

      Selamat ulang tahun kelahiran kakak Humaira yang ke 7 tahun. Besday pertama setelah bersekolah.
      Seperti kebiasaan besday tak lengkap tanpa kek. Jadi RIS-FAMILI mengupah kedai untuk menyediakannya. Cantikkan kek tu. Tapi ketiga-tiga beranak kat atas ni lagi cantik.
      Tak aci. Abah dengan abang Amin pun nak juga bergambar dengan besday girl. Jadi ni la hasilnya gambar RIS-FAMILI untuk diabadikan.
      Semoga kakak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Bertanggunjawab terhadap keluarga dan masyarakat. Hepi Best Day.

2 Feb 2018

Pencapaian Amin Tahun 5

Sekolah Al Muttaqin (KAFA)


Keputusan UPKK. Tahniah Amin.

Kehadiran Terbaik
No 2 Tahun 5
Ketua Kelas

Sekolah Kebangsaan Jelapang

Tempat Pertama Kelas 5 Kekwa
Terbaik Bahasa Arab Tahun 5
Anugerah Lonjakan Saujana


      Mula-mula tak tahu juga tentang anugerah lonjakan saujana ni. Tapi lepas tengok pada sijil, baru faham. Lonjakan saujana diberikan kepada murid yang mencapai peningkatan 35% berbanding peperiksaan sebelumnya.
      Selain itu Amin juga mendapat tempat kedua dalam Tahun 5.
Tahniah Amin dan teruskan kecemerlangan. Ini hanya satu permulaan. Teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.