27 Dis 2017

Grand Ihtifal Little Caliph

Pada 18 November 2017 lalu, sekolah kakak iaitu  Tadika Little Caliph Taman Meru mengadakan majlis graduasi untuk pelajar 6 tahun. Majlis ini lebih dikenali sebagai "Grand Ihtifal".
Pada majlis kali ini kakak turut mengambil bahagian dalam aktiviti 'choral speaking'.
Lokasi majlis Grand ihtifal ini adalah di dewan RTC Gopeng.
Yang agak membanggakan abah dan mak adalah apabila kakak adalah diantara  beberapa pelajar terpilih untuk penganugerahan 'Little Qari'. Tahniah kakak.
Majlis kali ini adalah gabungan dua cawangan tadika Little Caliph iaitu Little Caliph Meru Impian dan Little Caliph Taman Idris.


***********ADVERTISEMENT***********