30 Mac 2017

Pindah Terengganu ke Perak

Pertengahan Disember 2016, abah mendapat surat memberitahu permohonan pindah ke Perak telah diluluskan. Alhamdulillah.
Memandangkan Mak, Amin, Husna dan Humaira memang telah berada di Perak jadi masa mengangkat barang Abah uruskan berseorangan di Terengganu.
Emak telah menolong mengemas barang sebelum emak berpindah tempat tugas ke Perak pada bulan Julai 2016 lalu. Mana-mana barangan yang dijangka tidak digunakan oleh abah atau barang-barang yang tak begitu penting, mak telah masukkan ke dalam kotak. Jadi masa nak angkat barang, dah tak banyak barang perlu dikemas.
Ada beberapa barangan perabot yang dijual memandangkan tidak akan digunakan bila balik Perak. Jadi 1 set meja makan, 4 unit almari, 1 unit kolah mandi, 1 rak bertingkat, 1 almari dapur dan 1 meja dapur gas dijual. Memang laris, tak sampai sehari diiklankan di facebook, bertalu-talu peminat bertanya. Jadi boleh jiimat ruang lori masa angkat barang.
RIS-FAMILI menggunakan khidmat lori yang dicari melalui online. Turut ditambah adalah 3 orang untuk mengangkat barang di Terengganu dan menurunkan barang di Perak. Tapi servisnya tak begitu memuaskan.
8.3.16 lori datang pada 2.00 petang untuk mengambil barangan untuk dimuatkan ke dalam lori. Dan ketika proses mengangkat, hujan lebat baru reda tapi masih rintik. Barang terpaksa juga diangkat sebab abah dah beli tiket untuk balik Perak pada malam tu.
9.3.16 lori sampai Perak dalam pukul 9.00 pagi. Mak dah minta Cikgu Izzul dan seorang ex opis mak untuk membantu semasa barang sampai. Proses memunggah barang selesai dalam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai proses pindah barang.
SELAMAT TINGGAL TERENGGANU. Hampir 8 tahun di sana. Kenangan di Terengganu takkan kami lupakan.

28 Mac 2017

Downtown Meru Raya, Ipoh

Hujung minggu baru ini, RIS-FAMILI bersantai ke Downtown Meru Raya yang baru sahaja dibuka. Cadangannya hanya nak window shopping je sbb nak tengok juga apa aktiviti dan barangan yang dijual. Lokasinya tak jauh dari rumah iaitu berhampiran bulatan Meru Raya,
Antara barangan yang dijual adalah pakaian, kosmetik, mainan dan turut terdapat juga perkhidmatan menggunting rambut dan urutan tapak kaki.
Parkir ada disediakan tapi rasanya perlu ditambah kerana tidak mencukupi terutamanya semasa cuti umum dan cuti persekolahan.

24 Mac 2017

Cuti-cuti Malaysia - Ecopark

Cuti sekolah baru ni @21.3.17, RIS-FAMILI sekadar bercuti secara jimat kos. Tempat yang menjadi pilihan adalah Spritzer Eco Park
Nak tau sebab apa percutian jimat kos? Tengok gambar kat atas ni. Yesss... free entrance je.
Lokasinya adalah seberang jalan je dengan kilang memproses air mineral spritzer / cactus. Tak jauh dari bandar Taiping.
Tak la begitu luas tapi redup je sebab dipayungi oleh pokok. Antara tarikan adalah 'cactus rock', sudut 'forever love', kawasan mini golf (free je kalau nak main, alatan bawa sendiri) dan pemandangan yang menarik.
Bagi RIS-FAMILI sesuailah untuk bawa famili bersantai memandangkan terletak dalam lokasi nak balik kampung. Tapi kalau semata-mata dari jauh nak ke sini saja macam tak berbaloi pula kerana tak la besar mana taman ini. Namun jika dah ada di Taiping, apa salahnya terus ke sini.