24 Feb 2016

Tempat Penyimpanan Alatulis | Kitar Semula

Projek kitar semula kali ini diteruskan dengan menggunakan lebihan kotak yang telah digunakan untuk projek kitar semula akuarium ikan (klik sini untuk baca). Kalau akuarium menggunakan bahagian utama kotak iaitu bahagian bawah, projek kali ini menggunakan lebihan penutup kotak pula. RIS-FAMILI kitar 100% kotak kasut.

Jika projek akuarium ikan, Amin meminta idea dari abah maka projek kali ini pula Amin joint venture bersama-sama mak. Tambahan pula bahan-bahan sampingan akan menggunakan bahan kitar semula dari dapur.
 Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah penutup kotak kasut, gam, gunting, kertas pembalut, tali reben dan barangan hiasan. Yang penting sekali adalah bekas/botol yang tidak lagi digunakan. Mak menggunakan botol susu Husna semasa kecil yang tidak lagi digunakan. Juga bekas jem kacang yang telah dicuci.
 Caranya mudah dan mengikut kreativiti sendiri. Mula-mula potong kertas pembalut mengikut saiz penutup kotak. Gamkan kertas tersebut kesemua bahagian kotak tersebut. Kemudian tebuk lubang pada bahagian atas dan letakkan tali reben mengikut panjang yang dikehendaki.
 Tampalkan hiasan yang ada. Untuk projek ini, manik-manik berwarna merah menjadi pilihan. Selain menjadi hiasan, manik-manik ini juga berfungsi sebagai penahan untuk mengelakkan bekas dari tergelincir terkeluar dari tempatnya.
 Akhir sekali letakkan bekas/botol ke dalan penutup kotak tersebut. Isikan alat tulis yang ada.
Tempat penyimpanan ini boleh digantung di dinding semasa tidak digunakan dan diletakkan di di meja semasa menggunakannya, Barulah nampak kemas.

SELAMAT MENCUBA


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: