9 Feb 2016

Jom Berbasikal

Awal bulan November yang lalu, mak dan abah membawa Amin untuk membeli basikal baru memandangkan basikal yang ada tidak lagi sesuai dinaiki oleh Amin disebabkan Amin dah semakin besar.
 Jadi abah dan mak membawa Amin ke kedai yang biasa mak kunjungi. Kedai ini merupakan kedai lama yang telah ada sejak mak kecil lagi malahan basikal mak masa kecil dulu pun dibeli di sini.
 Inilah basikal pilihan Amin setelah Amin rambang mata untuk memilih basikal disebabkan ada banyak pilihan. Selepas pembelian selesai, Amin bergambar dulu bersama taukeh kedai.
 Petang hari yang sama juga Amin mengajak abah dan mak untuk ke taman untuk mencuba basikal baru. Buat permulaan agak sukar juga untuk Amin memgayuh basikal ini disebabkan sebelum ini basikal Amin rendah. Tapi lama-lama dah cekap. Cepat betul Amin menyesuaikan diri.
 Si kakak Humaira pun tak mau melepaskan peluang untuk turut berbasikal kerana Humaira juga telah ada basikal yang turut dibeli di kedai yang sama. Tapi basikal Humaira telah lama dibeli.
Ehhh. Mak pun tak melepaskan peluang mencuba mengayuh basikal baru Amin. Cam tu, kena berkongsi basikal la Amin dengan mak.

Tiada ulasan: