15 Jan 2015

Persekolahan 2015 | Amin, Humaira & Husna

      Tahun 2015 ini bermula sesi persekolahan untuk Humaira. Pra sekolah kerana baru umur 4 tahun. Pilihan RIS-FAMILI sudah tentunya Tadika Rossa yang menyediakan perkhidmatan pengajaran dan jagaan sampai mak dan abah balik kerja. Inilah juga tadika Amin masa berumur 4 hingga 6 tahun. Lagipun tadika ni dekat je dengan rumah. Pagi-pagi mak hantar berjalan kaki dan petang pula abah ambil naik kereta.
Humaira bersama bekalan.
Tiap-tiap pagi mak kena masak bekal untuk Humaira dan Abang Amin.

      Amin pula akan ke darjah 3. Masih kekal di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Sekolah terdekat dengan rumah dan terletak dalam laluan mak dan abah pergi kerja. Tahun ni Amin diletakkan dalam kelas 3 Ehsan. Kelas kat sini adalah ringkasan perkataan TERAMPIL. Baru je tukar nama kelas sebab tahun ni guru besar dah baru. Kalau dulu nama kelas adalah ringkasan perkataan KREATIF. Tak kisahlah nama apa pun, asalkan Amin seronok belajar. Sebelah petang pula Amin akan pergi ke pusat transit iaitu Akademik Rossa iaitu pusat jagaan selepas sekolah sebab tak ada sesiapa kat rumah. Pengangkutan dari sekolah ke pusat transit ni ada disediakan. Kalau ada kelas KAFA selepas sekolah pagi, Amin tunggu je kat sekolah sampai petang.
Amin dalam kelas 3 Ehsan. Gambar pagi masa abah hantar.
Tak ramai yang datang lagi waktu ni.

      Husna pun kenalah pergi sekolah juga. Pilihan RIS-FAMILI sudah tentulah Taska Rossa iaitu taska yg menjaga Amin dan Humaira sebelum ini. Juga terletak berhampiran rumah dan telah terbukti sesuai. Nak masuk sini kena booking awal-awal dan nisbah pengasuh dengan baby adalah 3 kepada 10.
Humaira dihantar ke Taska menggunakan stroller.
Kak Humaira pun nak gi sekolah sambil hantar Husna.

Tiada ulasan: