19 Jun 2014

Karnival Buku Terengganu

     Jika pada hujung April lalu di Kuala Lumpur diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (klik sini utk baca), Terengganu pu tak mahu kalah. Kat sini pun ada juga pesta buku juga tapi tak adalah perkataan 'antarabangsa' sepertimana PBAKL. Terengganu punya versi dinamakan Karnival Buku Terengganu dan tak se'mega' pesta buku kat Kuala Lumpur. Karnival buku di sini diadakan dari 19 - 25 Mei 2014 lalu.
Amin bergambar di depan pintu masuk dewan pameran
      Walaupun hanya satu dewan sahaja namun banyak juga pilihan buku-buku yang dipamerkan. Dari majalah, buku cerita, buku agama, buku akademik hinggalah ke buku komik. Macam-macam ada. Peminat-peminat novel mesti rambang mata nak pilih buku yang ada. Nasib baiklah RIS-FAMILI bukan peminat novel, kalau tak habis diborong semua novel-novel yang ada.
Antara booth jualan buku yang menjadi tumpuan RIS-FAMILI
      Yang best kat karnival buku sini, pengunjung tak sesak sepertimana yang ada di PBAKL dan keluasan tak terlalu besar jadi dapat melawat semua booth yang ada. Dapatlah belek-belek buku dengan teliti dan tak perlu berebut-rebut nak tengok secara detail. Dah ada karnival tentunya ada diskaun dan promo yang menarik. Dan dah datang tentunya ada yang sangkut di tangan. Begitulah juga RIS-FAMILI, tak lepaskan peluang mendapatkan beberapa buku dan majalah untuk di take away.
Persembahan Nasyid dari Pusat Tahfiz..... (Tak ingat dari mana)
      Kat pentas berhampiran karnival turut ada beberapa aktiviti bagi memeriahkan karnival buku ini. Pada masa RIS-FAMILI datang, prsembahan nasyid sedang berlangsung jadi join jugalah mendengar. Hampir penuh jugalah kerusi yang ada. Tapi RIS-FAMILI tak lah duduk sampai habis sebab Humaira pun dah mengantuk. Maklumlah datang waktu malam. Untuk karnival ni RIS-FAMILI bagi enam bintang.

16 Jun 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur | PBAKL

OTW ke PBAKL menaiki LRT
      Pada 27 April 2014 lalu, RIS-FAMILI mengadakan aktiviti terjah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kebetulan pada masa ini RIS-FAMILI memang ada di Kuala Lumpur. Namun tidak pula ada dalam jadual asal untuk ke Pesta Buku ini kerana tak terfikir tentang PBKL ini sebelum jejak kaki ke Kuala Lumpur.
Aktiviti bercerita - Salah satu aktiviti yang diminati oleh Amin & Humaira
      Bila sampai Kuala Lumpur baru perasan ada Pesta buku, jadi RIS-FAMILI mengambil kesempatan untuk meninjau apa yang ada di PBAKL. Memang meriah dan besar pesta buku ni sampaikan tak sempat nak melawat kesemua booth yang ada. Hanya terus pergi ke bahagian yang tertentu sahaja. Bayangkan karangkraf sahaja ambil kawasan seluas satu dewan. Namun masih terdapat dewan dan ruangan yang lain turut dipenuhi oleh syarikat-syarikat buku.
Begitu gembira Humaira ke Pesta Buku. Amin pula membelek buku-buku yang dibeli.
      Kalau tak silap, sebanyak 4 tingkat PWTC digunakan untuk PBAKL ini. Maklumlah bukan semua booth yang RIS-FAMILI pergi. Mungkin ada lagi tingkat atau kawasan yang RIS-FAMILI terlepas. Bagaimanapun pada pandangan RIS-FAMILI, PBAKL ni memang menarik dan begitu ramai pengunjung yang hadir. Banyak bahan-bahan bacaan menarik yang dipamerkan / dijual dengan promosi-promosi menarik.
Antara aktiviti yang berlangsung di PBAKL
      Kebetulan pada masa RIS-FAMILI datang, ada sesi promosi buku oleh Prof Muhaya dan Ustaz Roslan di pentas utama. Sempatlah juga RIS-FAMILI menjeling dan mendengar seketika apa yang dipromosikan. Dapatlah juga melihat secara live Prof Muhaya dan Ustaz Roslan yang selama ini hanya lihat menerusi kaca TV sahaja.
      Harap PBAKL ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dan kalau ada kesempatan RIS-FAMILI ingin datang lagi ke sini di tahun-tahun akan datang. Memang best dan RIS-FAMILI bagi 10 bintang untuk acara seperti ini.