28 Mac 2014

Gempita Savana | Part 4

      Alhamdulillah. Amin masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan menyiapkan komik Gempita Savana. Bersambung dalam Part 4. Kalau nak baca bahagian yang awal sila klik link di bawah;









      Akhirnya tamat juga komik Amin yang merupakan komik kedua yang ditulis. Sebelum ini Amin ada juga menulis komik tapi hanya part 1 sahaja. Kalau tak silap, tajuk komik pertama Amin adalah 'Comic Cat'. Walaupun tajuk orang putih tapi ceritanya adalah Melayu. Tapi entah di mana perginya komik tersebut.
Nota : Nampaknya bulan Mac ni adalah bulan komik Gempita Savana kerana semua entri pada bulan ini adalah berkenaan komik ini.

21 Mac 2014

Gempita Savana | Part 3

      Anda terlepas membaca bahagian awal komik yang ditulis oleh Amin? Jangan risau, klik je link yang ada di atas. Disebabkan dah baca bahagian 1 dan 2, tentu tak sabar nak lihat kesudahnnya. Jom baca;








      Bersambung lagi la. Agak-agaknya berapa bahagian komik ni nak disiapkan oleh Amin. Harap-harap part 4 cepat dikeluarkan sbb dah tak sabar nak baca cerita seterusnya. Ada ke - Harap-harap Amin masih bersemangat nak lukis dan tulis komik ini?
      Setelah diselidiki, rupa-rupanya komik ini adalah saduran kepada komik gempita savana yang ada di pasaran. Walaupun begitu ia tak seratus peratus sama kerana yang ini ada sentuhan kreatif dari Amin sendiri. Yang penting idea dan kreativiti yang di zahirkan melalui lukisan komik ini. Syabas Amin.

14 Mac 2014

Gempita Savana | Part 2

Tengah syok-syok baca komik Gempita Savana sebelum ni (klik sini) tiba-tiba bersambung la pula. Bila Amin tahu yang komiknya di upload dalam online diary ni jadi dia pun teruja untuk menyambung cerita untuk di uploadkan lagi. Jadi ni la hasilnya. Kita tengok samaada dah habis komik ini atau ada sambungan lagi.







Apa???... Bersambung lagi. Sepertimana ayat terakhir komik kali ini, ini juga ayat yang terkeluar dari mulut abah bila tahu komik ni bersambung lagi. Tak sabar menunggu sambungan cerita gempita savana ni. Berdebar-debar rasanya. Tak tahulah sama ada Amin akan sambung atau tak cerita komik ni.

6 Mac 2014

GEMPITA SAVANA | Part 1

      Hari Khamis adalah separuh hari waktu pejabat jadi Mak dan Abah ambil Amin sedikit awal. Disebabkan tiada apa-apa aktiviti luar di sepanjang petang Khamis maklumlah cuaca sekarang ni panas dan kering jadi Amin pun melukislah komik. Tak pasti sama ada komik ini idea asli Amin atau disadur dari mana-mana komik. Tak kisahlah janji Amin tak buat benda yang bukan-bukan.

      Tanpa berlengah masa, mari kita sama-sama meghayati komik hasil nukilan Amin. Tajuknya gempak la jugak iaitu " Gempita Savana"











      Tengah syok-syok membaca, bersambung la pulak. Kita tunggu samada Amin nak buat sambungan cerita ni tak. Kalau ada nanti bolehlah di upload lagi.

      Sebenarnya ini komik yang kedua Amin. Yang pertama dahulu tak terfikir pula nak di abadikan dalam online diari ini. Entahlah dah simpan kat mana. Nantilah bila jumpa nanti, bolehlah di upload dalam online diari ini. Manalah tau nanti dia dah besar, bolehlah dia tengok semula. Mesti tersenyum sendiri, tak pun berbangga sebab dah ada karya sendiri sejak kecil lagi.