15 Nov 2013

Majlis Anugerah Cemerlang | SKSS1

      Pada 12 November 2013 lalu berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman. Mak dan Abah tak melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut. Ini disebabkan Amin akan menerima Anugerah dalam majlis tersebut. Amin terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kelas 1 Aktif. Alhamdulillah, teruskan kecemerlanganmu untuk masa-masa mendatang.
      Ini merupakan pengalaman pertama mak melihat Amin menerima anugerah kerana ketika Amin terima anugerah pelajar terbaik dan qari terbaik tahun 2012 bagi Tadika Rossa, mak tidak turut serta kerana menjaga Humaira di rumah.
      Menurut guru kelas Amin, penilaian dan pemilihan pelajar dibuat berdasarkan prestasi sepanjang tahun kerana tiada peperiksaan khas dijalankan sepertimana dulu. Menariknya majlis kali ini dirasmikan oleh bapa kepada rakan sekelas Amin iaitu CEO SATU. Selain anugerah Akademik, anugerah kokurikulum juga turut diberikan.
      Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan teruskan usaha tanpa jemu.