15 Sep 2013

Rumahku Bukan Rumahku (Ipoh | Meru Perdana)

      Bersempena Hari Kebangsaan 2013 lalu, RIS-FAMILI mendapat panggilan untuk mengambil kunci rumah yang di beli sejak setahun yang lalu. Tanpa berlengah, RIS-FAMILI bersiap untuk balik ke Ipoh sejurus terima pengesahan dari pemaju perumahan. Memandangkan cuti hanya tiga hari iaitu cuti hujung minggu dicampur sehari cuti Hari Kebangsaan, maka RIS-FAMILI mengambil peluang untuk pulang pada hari cuti Kebangsaan ini.
Pandangan hadapan rumah. Disebelah kanan no 21 dan disebelah kiri no 23.
      Untuk makluman pembaca blog, rumah yang RIS-FAMILI beli terletak di Taman Meru Perdana, Ipoh yang terletak tidak jauh dari pusat pentadbiran baru negeri Perak di Meru Raya, Pasaraya Mydin, Stesen Bas Baru Ipoh (Terminal Aman Jaya), sekolah antarabangsa Tenby dan susur keluar ke Lebuhraya PLUS.
Terletak di Jalan Meru Perdana 6, Taman Meru Perdana
      Memandangkan RIS-FAMILI sekarang menetap di Terengganu, jadi RIS-FAMILI bercadang untuk menyewakan rumah tersebut untuk sesiapa yang berminat. Untuk pengetahuan pembaca, RIS-FAMILI membeli 2 unit rumah sebelah menyebelah. Namun semasa entri ini ditulis, rumah tersebut belum sedia disewa kerana semasa kunci diambil, meter elektrik dan meter air belum dipasang. Jadi tak sempatlah nak cuci dan pasang peralatan elektrik. Yelah... 3 hari mana nak sempat nak uruskan hal tu semua.
Halaman pandangan keluar
Halaman Pandangan Ke Dalam
      Jadi RIS-FAMILI bercadang nak uruskan semua hal itu semasa cuti Raya Aidiladha nanti dan diharapkan semua urusan dapat disiapkan dalam tempoh tersebut. Insya Allah. Jika semua perkara telah diselesaikan barulah rumah tersebut sedia untuk disewakan. Jangkaan dalam bulan November tahun ni.      
Ruang Tamu - Pandangan Ke Dapur

Ruang Tamu - Pandangan Ke Laman
      Bahagian halaman boleh memuatkan 2 biji kereta saiz sederhana/kecil dan terdapat sudut kecil bertanah untuk bercucuk tanam. Terdapat tiga bilik termasuk satu bilik utama / master bedroom yang dilengkapi bilik air.
Bilik Depan
Bilik Belakang
Bilik Utama (Master)
Bahagian Dapur

Bilik air dan tandas duduk. Terdapat dua bilik air iaitu satu unit di bilik utama dan satu unit berhampiran dapur.
Nota : Gambar yang ditunjukkan adalah gambar yang di ambil sejurus kunci diambil. Proses pencucian belum dilakukan semasa gambar di ambil kerana bekalan air belum tersedia pada masa kunci diambil.

Update :
SATU UNIT DIJADIKAN HOMESTAY (MULAI 2019) DAN SATU UNIT LAGI SEDANG DISEWA



***********ADVERTISEMENT***********

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As Salam
Berapa sewa rumah ni sebulan yer?
terima kasih..
sila email ke marlianurfarhana@yahoo.com

nurul berkata...

Assalamualaikum..masih ada kosong lg ke? sewa brapa ye..leh email ke nurulshakierah@yahoo.com..urgent

Ris Ya berkata...

Pn Nurul,
Rumah ini telah ada yang sewa sebelum sempat saya iklankan.

Ris Ya berkata...

Pn Farhana.
Dah ada penyewa. Terima kasih kerana sudi bertanya.

Tanpa Nama berkata...

kita berjiran plak...umah sy belakang tu je...lrg 7..no umah yg sama

Ris Ya berkata...

Oooo bagus la camtu. Tapi kedua-dua rumah tersebut saya sewakan sebab saya bekerja jauh nun di Pantai Timur. Sapa2lah penyewa saya ye.

Tanpa Nama berkata...

Sy nk sewakn rumah di lorong yg sama.. Boleh x ris ya bgtaw nk buat gril n wiring kt mane? Emel sy adli_ariantie@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Salam tumpang tanya ada lagi tak rumah sewa dekat meru perdana..
kalo ada tolong hubungi saya segera 0125284616

s berkata...

ada sesiapa nak jual x rumah kat taman tu.. saya berminat nak beli secepat yg boleh :)

Ris Ya berkata...

S : saya tak pasti pula sebab saya tak menginap disitu. Carian dalam website pun tak ada. Tapi saya dapat tahu, masih ada rumah baru yg dijual di taman tersebut. Cuba ke show room di taman tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Rumah yg awk sewakan tu msh kosong lg x? Kalo kosong sy ingat sy nk sewa. Blh call sy di 010-5217084 ( erna )

Ris Ya berkata...

Erna : Rumah masih ada penyewa. Terima kasih kerana menunjukkan minat.

Tanpa Nama berkata...

As Salam Ris. Nak tanya ada rumah untuk di sewa lagi ke. kalo ada sy berminat. email sy. azhahma@hotmail.com

cik bella berkata...

Rumah ni masih berpenyewa ke..kalau kosong contact sy k..roshaidaarbain@gmail.com

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Jika ade kekosongn, hubungi saya,,0174666813 , eza,, nk msuk secpt mungkin..hujg bln ni.., urgent sesgt - sgt,,,, trime kasih..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ris Ya berkata...

Azhahma@gmail, cik bella dan Eza,
Maaf sbb rumah saya masih berpenyewa. Terima kasih kerana menunjukkan minat utk menyewa. Kalau ada kekosongan nanti saya akan iklankan semula. Biasanya saya sewakan melalui mudah.my dan facebook.

rin berkata...

as salam sis ris

saya ada beli rumah dkat dengan rumah sis ris. rumah sy no.27.
sis letak berapa yek harga?

saya nak cari orang untuk sewa rumah. bole lah kalau sis kenal or sape2 yg nak sewa bole call 0194023171.

Unknown berkata...

dah ada penyewa dah

Unknown berkata...

sy ada rumah nk jual di situ tp dua tingkat..urgent 0137011405

Jukky berkata...

Berapa awak nak jual Neemo. Mcm best je.

Unknown berkata...

Salam sy pun cari rumah sewa area taman meru perdana minta tlg sgt kalau ada yg tahu kl bleh nk msk lepas raye..kl ade bleh watsup sy 0193319444 thanks

myn berkata...

Masih berminat ke nak beli rumah kat situ? Rumah saya di lorong yang sama..Boleh hubungi saya 010-8633236 utk perbincangan lanjut..

Ris Ya berkata...

Neemo5566 & myn : Buat masa ni saya belum berniat nak tambah rumah. Nak maintain yg telah ada. Terima kasih utk makluman, manalah tau nanti saya berubah fikiran.
Juliza : Rumah saya masih berpenyewa. Cuba survey dalam mudah atau ronda2 di sekitar taman tu (sambil tanya penduduk yg ada).

yati berkata...

Mynn... rumah cornet lot/end lot atau lot tengah?

Tanpa Nama berkata...

Salam semua..masih ad rumah nak djual tak area meru raya kalo ada hubungi saya yeah akma 01126440514

Tanpa Nama berkata...

Assalam,

saya ada rumah untuk dijual di meru perdana.berdekatan surau.
jika berminat whatsapp saya yer

0123518900 (Aida)

Unknown berkata...

Dah jumpa ke rumah kat meru perdana?

Unknown berkata...

Saya cari rumah untuk sewa

Unknown berkata...

Plz.let me.know if hv house for rent 0169062550

Unknown berkata...

Kakak tak bagi sewa ker rumah.

Ris Ya berkata...

Satu rumah ada penyewa.
Satu unit lagi akan dibuat renovation dlm 2 - 3 bulan ini. Lepas tu akan disewa perbilik. Tapi sewanya belum ditetapkan lagi. Tunggu bila dah siap nanti. Iklan dibuat melalui mudah dan fb. Siapa cepat dia dapat.

teratai berkata...

brp harga sewa sekitar taman meru perdana ni

Isa berkata...

Sy ada rumah utk disewa di sana meru perdana....boleh call no ni 01124085642 Hjh Rahimah