7 Apr 2012

Mini I-City @ KT

      Kuala Terengganu pun ada I-City? Mestilah ada tapi boleh dipanggil Mini I-City (tak pun boleh juga dipanggil Mikro I-City). Lokasinya terletak di Pulau Warisan Kuala Terengganu. Walaupun pulau, bukan bermakna terletak di pulau yang terpisah dengan tanah besar. Ia terletak berhampiran Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Dari jauh dah nampak pokok buatan yang berwarna warni

      Sebenarnya tak de sapa pun menggelarnya I-City, hanya RIS-FAMILI je yg bagi gelaran sbb sama konsep dengan I-City Shah Alam iaitu kawasan dipasang dengan lampu berwarna warni. Nak banding suasana boleh tengok gambar dalam entri ini dan dalam entri I-City, Shah Alam (klik sini). Memang la kat Shah Alam lebih meriah dengan lampu-lampu tapi apa kurangnya di Kuala Terengganu ni tapi yang pentingnya tak ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan ini.

Antara pokok bercahaya yang jadi mangsa bergambar

      Pengunjung bebas berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Kereta pun boleh masuk dan parking di kawasan ini tanpa halangan. Dan keadaan sekitar yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu membuatkan kawasan begitu nyaman apabila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Moga kawasan ini diselenggara dengan baik dan di tambah dengan lain-lain kemudahan yang bersesuaian bagi menjadikan kawasan ini bertambah menarik untuk dikunjungi. Buat masa sekarang ok-ok je.


***********ADVERTISEMENT***********