27 Sep 2009

Malam Raya

Siapalah yang paling seronok bila time raya kalau bukan budak- budak kan... Memang bila dah berjumpa siap lupa dunia dan tak ingat letih lagi. Main sampai berguling- guling...
Inilah anak buah saya seramai 5 orang dan Amin. Masam semuanya sebab dah berpeluh satu badan. Tapi seronok semuanya ada... Barulah gamat meriah satu rumah. Ada main bunga api, tapi tak sempat nak snap gambar.

13 Sep 2009

Royal Murtabak...


Salam semua... Lama tul mak Amin tak mencoret dalam blog ni. Nak share juadah berbuka puasa untuk hari ni. Hari ni, hubby bawa balik Royal Murtabak daripada Kota Bharu... Ha, kalau kat area Pantai Timur ni, murtabak ni famous gak dalam bulan puasa. Memang saiz XXL lah murtabak ni. Sesiapa yang peminat murtabak tahap gaban, memang sesuai sangat makan murtabak ni. Harganya pun tahap Royal le... RM 12.00 satu, isi murtabak ni dekal 2 inci tebalnya...

Mak Amin hanya masak Bihun sup, begedil daging dan buat sambal kicap sikit. Nampak tak begedil daging kat tepi tu? Asyik- asyik makan nasik, tukar selera plak ... Lagipun bihun sup ni kan menu sehat, boleh turunkan berat badan di bulan puasa ni...
Tahu tak ni kuih apa? Bukan baulu tau... Ini namanya akok berlauk. Kuih tradisional di Pantai Timur. Kuih ni hadiah daripada ofismate, MIL dia yang buat. Dalamnya ada inti daging, sedap tau. Memang sekali rasa nak lagi. Yelah, orang tua yang buat, memang dah expert lah. Cukup rasanya, gebu. Kuih akok jenis ni tak manis... so, memang OKlah pada Ris Famili...

Begitulah menu berbuka Ris Famili pada hari ni. Menu yang cukup sederhana kan?